21 Feb 2014

Lagenda TRW


Badri Radzi - Kapten TRW

19 Feb 2014

Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi

Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi

1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'.

6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.

16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.

17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".

13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."

Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.

21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.

Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.

September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.
diambil dari Facebook Tulang Besi Malaysiawaves
 OLEH : Penulis Siber
( Penulisan asal oleh Wak Reformasi - terdapat sedikit pengubahsuaian)

Langkah Kajang 2014

Dato Seri Anwar Ibrahim (Langkah Kajang February 2014)
 
 
Bila tengok gambar ni, terngiang2 peristiwa penyingkirannya sebagai Timbalan Perdana Menteri 1998/99. Byk kenangan yang telah merubah landskap politik Malaysia baru. Pada ketika ini, Perdana Menteri Malaysia yang ke -6 Dato Seri Najip Tun Razak sedang nazak dikerusi PM dan terkial - kial menepis sepak terajang politik yang kini telah berada dihujung nyawa. Isterinya Datin Seri Rosmah Mansor wajar menjadi sebahagian perancangan Allah menurunkan sesiapa yang dikehendakinya dipuncak kuasa sebagai pemimpin yang teruk dari parti yang teruk. Siapa tahu, suatu ketika dulu ketika PAS dilabel sebagai Parti orang kampong yang jika diamati amat sukar sekali untuk memerintah Malaysia dan kini menampakkan sinarnya. Dan siapa jangka, Parti UMNO yang dulunya amat gah dipuncak kuasa, kini mengambil alih tempat label PAS sebagai bukan saja Parti orang kampung tetapi lebih teruk lagi Parti orang hulu. Pengundi Bandar telah menolak UMNO dalam beberapa siri pilihanraya alaf baru (alaf cyber) bermula pada tahun 1999 hinggalah sekarang (2014), UMNO nampaknya tidak mampu bangkit dan bertambah teruk sesuai dengan perancangan Allah kepada mereka yang zalim.


12 Dis 2012



Kerja siapa?
ASAL BUKAN ANWAR IBRAHIM(ABAI)

Perkataan ini adalah satu manifestasi puak - puak yg amat membenci individu bernama Anwar Ibrahim. Ditulis diserata tempat. Gambar ini diambil di bandar Bera, Pahang. Juga terdapat dibeberapa bandar seperti di Gua musang, Sg. Petani dan banyak tempat lagi. Satu Vandalism. Jika vandalism ini berlaku di satu tempat, berkemungkinan ada individu yg rosak akhlak tanpa restu pemimpin. Persoalannya diserata tempat. Jawapan mungkin dpt dijawab oleh Pemuda UMNO atau PERKASA? Jadi, kata anda?

14 Okt 2011

HUDUD; satu penyelesaian?

Hudud. satu perkataan yang selalu menggemparkan benak fikiran BN mahupun PR.Jika isu lain diulang cetak; kebanyakannya memakan masa hanya beberapa hari. Sebaliknya, isu hudud diputar sampai berminggu - minggu sampai naik muak mendengarnya. Berbagailah komen dan komentar dilemparkan oleh sesiapa saja di dada - dada akhbar. Ada yang berkata begitu dan begini. macam - macam tuduhan dibuat. Yang paling hangat sekali nama DAP dan PAS menjadi bualan hangat. Pelik yea bunyinya. Ada yang mengatakan rakyat malaysia perlu diberi kefahaman tentang hudud dulu baru boleh dilaksana. ada yang mengatakan hudud belum sesuai dilaksanakan. bermacam tafsiran dibuat. Perkara ini menjadi meruncing hanya kerana satu sebab. Sebabnya umno tidak mahu melaksanakan dan menentang pula hudud. Sekiranya umno menyokong hasrat PAS melaksanakan hudud; apakah ada lagi suara sumbing DAP? bayangkanlah Ahli parlimen dari umno dan PAS bersatu hati menyokong dan melaksanakan hudud apa yang boleh dibuat oleh DAP dan MCA? mereka melalak kerana mereka tahu umno taknak laksanakan hudud. Jika umno dan PAS bersama - sama menyokong hudud nescaya tidak timbul lagi suara sumbing DAP. Dan didalam DAP sendiripun, hanya kuda tua saja yang beriya - iya benar menentang hudud. Pemimpin muda DAP tidak lagi menyinga kepada hudud. Kerana mereka sudahpun faham tentang realiti hudud di mata rakyat malaysia. Hudud adalah hak orang islam. Siapa dia DAP untuk menyanggah hudud? Si Karpal(kepala penentang) hudud sepatutnya balik kaji semula agama dia yang tak cukup lengkap(syumul).Duk menyibuk menentang hudud. Islam agama yang menyeluruh. bukan saja bab Puasa, haji dll tetapi merangkumi kehidupan sehari - hari. Kenapa yang dengki sangat dengan hudud? adakah org islam mengganggu hak agama karpal? Kalau agama yang kamu anuti tak ada undang - undang jenayah. fikir - fikirkanlah tentang agama yang kamu anuti.

Internet dan PR

Sayang seribu kali sayang. apa yang disayang?tentulah perjuangan menghapuskan umno dari muka bumi ini.aku melayari internet sejak penghujung 90an lagi. internet merupakan jaringan terpenting perjuangan menentang umno . Hanya tempo saja yang berubah. Dulunya blog - blog menjadi tatapan rakyat. Tetapi sekarang, akhbar online seperti Malaysiakini, serta FB menjadi medan untuk mendapat dan berkongsi maklumat. Sayangnya, PR tidak dapat menggunakan segenap ruang alamaya ini untuk memberikan seluruh maklumat kepada penyokong dan pendokong serta mereka diatas pagar. Apa tidaknya; Keadilandaily serta Harakahdaily seperti tidak bermaya. Memboringkan dan kaku berbanding Malaysiakini yang lebih bersifat mesra pembaca. Sepatutnya, PR menggunakan kesempatan internet seluas - luasnya untuk memberi kesedaran kepada rakyat dan menarik minat untuk pembaca melayari sesawang PR agar mereka sentiasa ingin membuka laman PR. Malangnya, paparan pada keadilandaily serta harakahdaily amat membosankan. berbuatlah sesuatu wahai sahabat - sahabatku disana.

25 Jul 2011

Auntie BERSIH

Kebanggaan rakyat kelate

Perhimpunan anak kelantan 30julai 2011

Himpunan anak-anak Kelantan di perantauan
Tempat: Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Tarikh: 30 Julai 2011
Hari: Sabtu
Masa: 9:00 pagi sehingga malam
Anjuran: Kerajaan Negeri Kelantan

Antara tokoh yang hadir
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Exco-exco dan Wakil-wakil rakyat Kelantan
Semua rakyat terutama anak-anak Kelantan dijemput hadir.
Solat Asar berjemaah bersama-sama Tuan Guru Nik Aziz, kemudian Majlis perasmian dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/07/himpunan-anak-anak-kelantan-di.html#ixzz1T8geVUZ5

FIFA Result

Try Every Game for Free

MP3

tweet